“Cincin Tak Boleh, Tu ‘Hold’ Dulu” – Syed Saddiq Tak Benarkan Bella Astillah Pilih Cincin Sebab Nak Kahwin?

LocalEntertainment
22 Sep 2025 • 10:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pasangan sensasi, Syed Saddiq dan Bella Astillah sememangnya sering menjadi tumpuan ramai kerana sering terlihat mesra seperti pasangan kekasih di media sosial.

Meskipun tidak pernah meletakkan label dalam perhubungan mereka, kedua-duanya diminta untuk merealisasikan impian peminat untuk melihat mereka bersama sebagai pasangan suami isteri.

Dalam satu hantaran di TikTok sebuah kedai emas, gelagat pasangan ini ketika ingin membeli barangan kemas menjadi tumpuan peminat.

Dalam hantaran itu, Syed Saddiq melarang Bella untuk memilih cincin sebaliknya memilih barang perhiasan yang lain.

Gara-gara tindakan Syed Saddiq, peminat mula menyangka kedua-duanya bakal memilih cincin nikah secara peribadi nanti.

image is not available

image is not available

Ada juga yang berspekulasi bahawa kedua-duanya ingin mengelakkan fitnah jika membeli cincin yang sinonim dengan majlis istimewa seperti perkahwinan dan pertunangan.

“YB Syed Saddiq nak jadi orang pertama belikan cincin untuk Bella..” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-09-22 10:20:46

"Isteri Syurga, B, Sayang.." - Gelagat Fattah Amin Kacau Amira Othman Memasak Buat Netizen Terhibur