Netizen Persoal Bella Astillah Salam Ibu Syed Saddiq Tanpa Pandang Muka, Peminat Tampil ‘Back Up’

EntertainmentLifestyle
19 Sep 2025 • 3:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia bella Dan Ss

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang tampil anggun mengenakan kebaya hitam ketika bersalaman dengan ibu kepada ahli politik popular, Syed Saddiq.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya ramai adalah cara Bella yang dilihat sekadar bersalaman tanpa memandang wajah ibu Syed Saddiq. Situasi itu pantas mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.

Bella Astillah salam ibu Syed Saddiq

Di ruangan komen, ada netizen mempersoalkan cara penyanyi itu dan menuduhnya seolah-olah mahu mengelak bertatapan mata.

image is not available

Namun, sebahagian lagi tampil mempertahankan Bella dengan menyatakan ia bukanlah sesuatu yang pelik.

image is not available

Rata-rata komen menunjukkan bahawa perkara ini tidak wajar diperbesarkan dan dihakimi hanya disebabkan sepotong video pendek.

Pssttt! Kadang-kadang perkara kecil pun boleh jadi besar bila dah masuk media sosial. Apa yang penting sebenarnya bukan gaya bersalaman, tetapi nilai hormat dan adab yang ditunjukkan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.