CineRoyale bukti pelajar UiTM bukan sekadar ‘belajar’, tapi dah sedia kuasai industri

EntertainmentMovie
17 Feb 2026 • 1:42 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Tayangan perdana CineRoyale baru-baru ini berjaya menarik perhatian khalayak yang menampilkan karya-karya pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana yang menunjukkan tahap profesionalisme dan kreativiti yang tinggi.

Acara eksklusif yang dianjurkan pelajar Semester 4 daripada program Ijazah Sarjana Muda Kepujian Filem (Pengarahan), Ijazah Sarjana Muda Kepujian Filem (Sinematografi) dan Diploma Filem itu menampilkan himpunan filem pendek, iklan televisyen (TVC) serta pesanan khidmat masyarakat (PSA), yang mengangkat isu-isu sosial kontemporari melalui penceritaan inovatif dan bahasa visual berkesan.

Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Prof. Madya Ts. Dr. Wan Aida Wan Yahaya berkata, CineRoyale bukan sekadar tayangan, tetapi menjadi platform penting yang menandakan pencapaian akademik dan kreatif pelajar FiTA, sambil meningkatkan apresiasi terhadap karya tempatan dan memupuk bakat baharu dalam industri kreatif.

“Belajar sebanyak mana pun tidak akan cukup kerana industri filem tidak mempunyai ‘nametag’. Hari ini mungkin pengarah, esok boleh jadi peranan lain. Kepada para pelajar, anda semua berpotensi menjadi pelapis industri kreatif negara.”

Malam tersebut turut diserikan dengan sesi ulasan industri oleh pengarah filem, Shanjey Kumar Perumal dan Nadiah Hamzah, yang berkongsi pandangan profesional serta pengalaman industri sebenar, memberikan input berharga kepada para pelajar.

Pengiktirafan turut disampaikan menerusi pemenang bagi kategori Filem Pendek Terbaik, Skrip Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penyuntingan Terbaik dan Rekaan Produksi Terbaik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved