Cinta 6 Tahun Berakhir, Kaka Azraff Dan Suami Bercerai Talak Satu

LocalEntertainment
28 Oct 2024 • 5:06 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kaka azraff cerai

Kisah rumah tangga penyanyi Kaka Azraff dan pasangannya, Adam Azriff, yang sudah hampir enam tahun terjalin akhirnya menemui titik noktah apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Memetik laporan HibGlam, proses pengesahan lafaz cerai berlangsung secara ekspres sekitar tengah hari, mencuri perhatian ramai yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti ini.

Kaka Azraff dan suami berpisah cara baik

image is not available

Mengikut sumber yang enggan dikenali, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, hadir ke mahkamah seawal 9 pagi.

Walaupun memilih untuk berdiam diri, pasangan ini dikhabarkan berpisah secara baik dan sebulat suara mencapai kata sepakat berkenaan penjagaan tiga anak mereka.

Puncanya memang dia tak beritahu dan tak kongsi pun hal peribadi. Selama ini mereka macam pasangan lain, tak nampak pula masalah besar. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka dan anak-anak. Mereka pun masih bersahabat dan menjaga anak bersama-sama.

Sumber rapat kepada HibGlam berkata lagi, Kaka belum bersedia berkongsi mengenai perceraian ini dan dia seorang yang sangat menjaga hal peribadi.

#OhmediaNasihat

Dalam setiap perpisahan, kita diingatkan bahawa jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Walaupun pahit, perpisahan ini juga boleh menjadi peluang bagi Kaka dan Adam untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Kita doakan semoga kedua-duanya terus tabah dan diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan baru.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: HibGlam