Que Haidar dan Linda Jasmine Sah Bercerai

LocalEntertainment
27 Oct 2024 • 11:16 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Que Haidar dan Linda Jasmine Sah Bercerai Talak Satu

KUALA LUMPUR — Selepas lebih 15 tahun bergelar suami, pelakon dan pengarah terkenal Que Haidar sah bercerai talak satu dengan pengarah tarian, Linda Jasmine pada 2 Julai lalu, lapor Astro Awani.

Menurut Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45 tahun, keputusan untuk membawa haluan masing-masing ini dibuat mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak untuk kebaikan bersama.

Bagaimanapun, beliau berkata, hubungannya antara bekas isteri itu kekal baik termasuk saling memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.

Mengulas lebih lanjut, Que memberitahu bahawa kebajikan anak-anak menjadi keutamaan mereka berdua yang bergelar ibu dan bapa meskipun rumah tangga mereka sudah berakhir.

Oleh itu, pengarah berusia 45 tahun mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan punca penceraian bagi menghormati sifat peribadi isu berkenaan.

Baginya, keharmonian hubungan yang masih wujud antara beliau dan bekas isteri lebih penting dan tiada keperluan menghebohkan perkara itu.

Pada 14 Februari 2009, Que dan Linda telah melangsungkan perkahwinan.

Sepanjang mendirikan rumah tangga, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Ratu Haidar, 15, dan Tengku Cleopatra Haidar, 12.

Sumber: Astro Awani