Cinta Dua Bintang The Glory, Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Kandas

25 Nov 2026 • 10:17 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Cinta Dua Bintang The Glory, Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Kandas

Tiga tahun menyulam cinta, pasangan pelakon Korea Selatan, Lim Ji Yeon dan Lee Do Hyun  harus menelan pil pahit apabila hubungan mereka kandas di tengah jalan.

Khabar perpisahan dua bintang siri The Glory itu disahkan oleh agensi Do Hyun, 27,  lapor Soompi.

“Benar, mereka baru-baru ini telah berpisah. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk kekal sebagai rakan sekerja yang baik dan terus saling menyokong,” kata wakil agensi tersebut.

Agensi Ji Yeon, 33,  Artist Company, turut mengesahkan perkara sama.

“Oleh kerana laporan ini berkaitan dengan kehidupan peribadi mereka, maka kami di agensi meminta agar semua pihak dapat memberi ruang.

Bagaimanapun, jadual kerja yang padat dipercayai menyebabkan mereka semakin jarang meluangkan masa bersama, sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk kekal sebagai rakan sekerja dalam industri hiburan.

“Kami juga tidak mempunyai banyak maklumat termasuk sebab atau waktu sebenar perpisahan mereka.

“Kami berharap orang ramai terus memberikan perhatian dan sokongan terhadap aktiviti serta karier Ji Yeon pada masa akan datang,” menurut kenyataan agensi itu.

Aktor dan aktres tersebut mula berkenalan ketika sama-sama membintangi siri Netflix, The Glory pada 2022.

Hubungan mereka mula mendapat perhatian ramai sebelum kedua-duanya mengesahkan sedang menjalin cinta pada April 2023.

Ji Yeon mencuri perhatian menerusi wataknya sebagai Park Yeon-jin, antagonis utama dalam The Glory sementara Do Hyun membawa watak Ju Yeo-jeong, seorang pakar bedah plastik yang menjadi mangsa buli ketika zaman persekolahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved