Cip 2nm Pertama Dunia Exynos 2600 Kini Sedia Untuk Dikilangkan

TechnologyDigital
3 Sep 2025 • 9:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung dilaporkan sudah bersedia untuk memulakan pengeluaran secara besar-besaran cip 2nm pertama dunia Exynos 2600. Cip Exynos 2600 ini akan digunakan pada siri Galaxy S26 yang akan dilancarkan sekitar Januari 2026. Ujian sedang dilakukan dengan skor penanda aras yang tertiris menunjukkan ia lebih berkuasa berbanding Snapdragon 8 Elite.

image is not available

Takhta cip 2nm pertama disahkan selepas cip Apple A19 kekal menggunakan teknologi 3nm TSMC. Selain lebih berkuasa dan berteknologi lebih maju, Exynos 2600 juga hadir dengan teknologi sistem penyejukan terbina. Dengan ini isu pemanasan dapat diselesaikan serta tidak memerlukan sistem penyejukan yang lebih kompleks.

Wujud ura-ura Samsung akan hanya menggunakan cip Eyxnos pada telefon mercu mereka dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Tetapi Exynos masih mempunyai reputasi yang tidak sebaik cip Snapdragon khususnya dari sudut pengurusan haba dan kuasa memproses.

Beberapa tahun lalu peranti Samsung di Malaysia hanya ditawarkan dengan cip Exynos sehingga menerima reaksi negatif. Tahun depan Galaxy S26 dipercayai akan ditawarkan dengan dua cip berbeza dengan versi Ultra masih lagi dengan cip Snapdragon.