
Tesla baru-baru ini telah mengesahkan bahawa rekaan cip pemprosesan AI automotif Tesla AI5 sudah siap dihasilkan, dan akan dikilangkan oleh syarikat-syarikat pengeluar cip semikonduktor TSMC dan juga Samsung dan akan digunakan pada kereta-kereta Tesla akan datang tidak lama lagi.
Elon Musk, CEO Tesla mengatakan bahawa setiap cip pemprosesan Tesla AI5 ini hadir dengan kuasa pemprosesan pada taraf sebuah cip NVIDIA Hopper, dan gabungan dua cip pemprosesan ini memberikannya kemampuan setaraf sebuah cip NVIDIA Blackwell.
Dengan siapnya rekaan cip Tesla AI5, Tesla nampaknya akan mengalihkan perhatian mereka terhadap rekaan dan pengeluaran cip supercomputer akan datang mereka, Dojo 3 yang sebelum ini telah dihentikan terlebih dahulu untuk memberi fokus kepada cip pemprosesan automotif tersebut.
Now that the AI5 chip design is in good shape, Tesla will restart work on Dojo3.
If you’re interested in working on what will be the highest volume chips in the world, send a note to AI_Chips@Tesla.com with 3 bullet points on the toughest technical problems you’ve solved.
Ia dilaporkan bahawa wafer cip Dojo 3 akan dikilangkan oleh Samsung menggunakan proses 2nm di kilang mereka di Texas, manakala bahagian pempakejan cip akan dilakukan oleh Intel menggunakan teknologi EMIB yang akan menggabungkan cip-cip pemprosesan ini menggunakan “jambatan silikon” untuk memudahkan proses gabungan tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa Tesla akan menghasilkan cip pemprosesan AI baru setiap 9 bulan, jauh lebih pantas daripada apa yang sekarang dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar cip AI lain seperti NVIDIA dan AMD, yang lazimnya mengambil masa 12 bulan untuk memperkenalkan rekaan cip pemprosesan baru.


