Cip Dimensity 8200 Bakal Digunakan Pada Oppo Reno 11

TechnologyDigital
17 Nov 2023 • 10:54 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siri Oppo Reno 11 bakal dilancarkan di China pada 23 November 2023. Memang menjadi kebiasaan mana-mana peranti di bawah siri Reno akan memberi fokus terhadap fotografi potret. Di samping sejumlah tarikan menarik lain dalam usaha memenuhi keperluan semua peringkat usia pengguna.

image is not available

Terbaharu Oppo telah mengesahkan bahawa Reno 11 bakal dijana dengan cip MediaTek Dimensity 8200. Ini sekaligus menunjukkan bahawa peranti boleh mempunyai sokongan 5G terbina. Hal ini didedahkan oleh Oppo menerusi status terkini yang dimuatnaik di Weibo.

image is not available

Dalam pada itu markah penanda aras peranti juga dikatakan telah tertiris dengan kutipan lebih daripada 1 juta mata. Turut didedahkan, peranti boleh dibekalkan memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan 512GB UFS 4.0, selain juga menjalankan Android 14.