Siri Oppo Reno 11 Bakal Dilancarkan Pada 23 November 2023

TechnologyDigital
15 Nov 2023 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo secara rasminya mengesahkan kehadiran peranti baharu siri Reno 11 menerusi beberapa status terkini di Weibo. Ia menjadi kesinambungan untuk siri Reno 10 sebelum yang juga berpotensi mampu mencipta pengalaman lebih baik. Oppo juga dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model berbeza melaluinya.

image is not available

Jika melihat daripada rekaan fizikal siri Reno 11 menggunakan konsep yang berbeza seperti bonggol kamera lebih menonjol. Ia memuatkan tiga sensor yang berbeza dan salah satunya diletakkan dalam lubang berbentung seakan pil. Kemasan bercorak baru marmar serba putih yang mirip sebuah peranti Huawei sebelum ini turut ditawarkan Oppo untuk kali ini. Dalam masa sama terdapat juga pilihan lain dengan warna serba hijau.

Tubuh juga masih nipis dengan kesemua sisi yang melengkung. Namun persoalan mula timbul apabila binaan panel hadapan tidak pula diperlihatkan secara langsung. Begitu juga perkakasan dalaman yang masih menjadi misteri buat masa ini. Kesemua ini pastinya terjawab sewaktu pelancaran rasminya pada 23 November akan datang.