Cip Mana Lebih Berkuasa – Perbandingan Snapdragon 8 Elite Gen 5 dan Apple A19 Pro

TechnologyDigital
25 Sep 2025 • 8:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Snapdragon 8 Elite Gen 5 dilancarkan secara rasmi awal pagi tadi dengan ia menurut Qualcomm adalah paling berkuasa untuk telefon mudah alih. Bagi melihat sendiri dakwaan ini, Qualcomm memberikan pihak media akses kepada peranti prototaip yang kemudiannya diuji sendiri di depan mata. Di bawah ialah senarai skor pemproses yang telah melalui makmal Amanz serta beberapa markah ujian 8 Elite Gen 5 yang sempat kami lakukan.

image is not available

  • Snapdragon 8 Elite Gen 5 – Peranti prototaip Qualcomm
  • A19 Pro – Appe iPhone 17 Pro
  • Snapdragon 8 Elite ( 7 Teras) – Oppp Find N5
  • Snapdragon 8 Elite – Xiaomi 15 Ultra
  • Snapdragon 8 Elite for Galaxy – Samsung Galaxy S25 Ultra
  • Dimensity 9400 – Oppo Find X8 Pro
  • Apple A18 Pro – Apple iPhone 16 Pro Max
  • Tensor G5 – Google Pixel 10 Pro XL

AnTuTu 3D

PerantiSkor
Peranti Prototaip Qualcomm4,320,055
Apple iPhone 17 Pro2,634,345
Honor Magic V51,732,200
Oppo Find N52,157,718
Xiaomi 15 Ultra2,341,598
Samsung Galaxy S25 Ultra1,946,864
Oppo Find X8 Pro2,629,017
Apple iPhone 16 Pro Max1,720,751
Google Pixel 10 Pro XL1,214,735

image is not available

Geekbench 6

PerantiSatu TerasMulti Teras
Peranti Prototaip Qualcomm381912,302
Apple iPhone 17 Pro35608835
Honor Magic V512864926
Oppo Find N528667987
Xiaomi 15 Ultra29188917
Samsung Galaxy S25 Ultra29579435
Oppo Find X8 Pro26638959
Apple iPhone 16 Pro Max33598129
Google Pixel 10 Pro XL23036134

image is not available

3DMark Wildlife Extreme

PerantiSkor
Peranti Prototaip Qualcomm8151
Apple iPhone 17 Pro5873
Honor Magic V56025
Oppo Find N55507
Xiaomi 15 UltraTidak boleh dilakukan
Samsung Galaxy S25 Ultra6135
Oppo Find X8 Pro6251
Apple iPhone 16 Pro Max4560
Google Pixel 10 Pro XL3266

image is not available


Kesimpulan

image is not available

Snapdragon 8 Elite Gen 5 memang cip paling berkuasa untuk telefon pintar setakat ini berdasarkan ujian yang saya lalukan sendiri di Snapdragon Summit. Bukan sahaja prestasi GPU 8 Elite Gen 5 menakjubkan, prestasi CPU yang selama ini dikuasai cip siri Apple A juga berjaya dipintas cip terkini Qualcomm.

image is not available

Harus dinyatakan peranti yang digunakan ialah prototaip dan saya tidak sabar untuk melakukan semula ujian pada peranti komersial dalam masa terdekat. Beberapa jam lalu siri Xiaomi 17 baru sahaja dilancarkan di China dengan 8 Elite Gen 5 dengan Realme turut mengesahkan penggunaannya pada GT 8 Pro. Nantikan sahaja kerana kedua-duanya sudah pasti memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.