Cip Samsung Exynos 1680 Dilancarkan Untuk Peranti Kelas Pertengahan

TechnologyDigital
26 Mar 2026 • 4:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung secara rasmi mengumumkan cip Eyxnos 1680 yang digunakan pada Galaxy A57 yang dilancarkan malam semalam. Cip kelas pertengahan ini menggunakan teknologi 4nm EUV. Ia dilengkapi lapan teras CPU menggunakan konfigurasi 1x Cortex A720 2.9GHz, 4x Cortex A720 2.6GHz dan 3x Cortex A520 1.95GHz yang dipadakan dengan GPU Xclipse 550 berasaskan AMD RDNA 3.

image is not available

Sementara itu NPU pula mempunyai kuasa memproses kecerdasan buatan (AI) 19.6 TOPS membolehkan ia menjalankan pelbagai ciri AI pada peranti. Cip boleh menyokong skrin FHD+ sehingga kadar semula 144Hz. Kamera pula adalah sehingga 200MP atau dwi-kamera 32MP+32MP. Memori LPDDR5X boleh digunakan bersama dengan storan UFS 4.1.

Sokongan rangkaian selular adalah 5G NR (FR1 & FR2) dengan kelajuan muat turun sehingga 5.1Gbps dan muat naik 1.28Gbps. Selain itu ia turut boleh menyokong Wi‑Fi 6E dan Bluetooth 6.1.