Rekaan Serta Spesifikasi Samsung Galaxy A57 dan Galaxy A37 Tertiris

TechnologyDigital
5 Mar 2026 • 7:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Rekaan serta spesifikasi Samsung Galaxy A57 dan Samsung Galaxy A37 telah tertiris sepenuhnya selepas didedahkan oleh laman YBTechB. Peranti kelas pertengahan ini nampaknya akan terkesan oleh isu kekurangan RAM kerana mempunyai model asas dengan 6GB RAM sahaja.

image is not available

Samsung Galaxy A57 dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120HZ, dikuasakan oleh cip Exynos 1680, memori 8GB RAM, storan 128/256GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 45W. Ini dipadankan pula dengan kamera utama sudut lebar 50MP, ultra lebar 12MP dan makro 5MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP.

image is not available

Samsung Galaxy A37 dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED 120HZ, dikuasakan oleh cip Exynos 1480, memori 6/8GB RAM, storan 128/256GB dan bateri 5000 mAh dengan pengecasan 45W. Ini dipadankan pula dengan kamera utama sudut lebar 50MP, ultra lebar 12MP dan makro 5MP. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP.

Peranti akan ditawarkan dalam warna Awesome White, Charcoal, Greygreen, Lavender, dan Navy. Di Eropah Galaxy A57 dijual pada harga €439 untuk 128GB dan €5399 untuk 256GB.