Cip Snapdragon 6 Gen 5 dan Snapdragon 4 Gen 5 Dilancarkan Untuk Peranti Gaming Kelas Pertengahan

TechnologyGaming
8 May 2026 • 10:08 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Cip Snapdragon 6 Gen 5  dan Snapdragon 4 Gen 5 Dilancarkan Untuk Peranti Gaming Kelas Pertengahan

Dua cip kelas pertengahan dilancarkan oleh Qualcomm hari ini iaitu Snapdragon 6 Gen 5 dan Snapdragon 4 Gen 5 dengan ia memberikan penekanan ke atas prestasi gaming lebih stabil, sokongan 5G dan ciri XPAN yang sebelum ini ditawarkan pada cip mercu sahaja.

Image from: Cip Snapdragon 6 Gen 5  dan Snapdragon 4 Gen 5 Dilancarkan Untuk Peranti Gaming Kelas Pertengahan

Cip Snapdragon 6 Gen 5 (SM6850) ialah cip teknologi 4nm dengan 8 teras CPU terdiri daripada 4 teras utama kuasa tinggi 2.6 GHz dan 4 teras kecekapan tinggi 2.0 GHz yang dipadankan dengan cip Adreno dengan peningkatan prestasi sehingga 21%. Menerusi teknologi Smooth Motion UI, Qualcomm mengatakan ia mengurangkan peranti terasa tidak lancar sehingga 18% dan membuka aplikasi 20% lebih pantas.

Image from: Cip Snapdragon 6 Gen 5  dan Snapdragon 4 Gen 5 Dilancarkan Untuk Peranti Gaming Kelas Pertengahan

Kamera sehingga 64MP disokong dengan ia boleh melakukan tangkapan gambar 200MP, merekod video 4K 30FPS dan zum sehingga 100X. Ciri AI Night Vision pula menerangkan gambar yang diambil pada waktu malam.

Rangkaian 5G Release 17 dengan kelajuan muat turun sehingga 2.8 Gbps, Wi-Fi 7 dan BT 6.0 turut disokong. Teknologi XPAN untuk audio stabil walaupun bergerak antara bilik turut diberikan. Akhir sekali ia turut boleh dipadankan dengan memori LPDDR4x sehingga 2100 MHz atau LPDDR5 sehingga 3200 MHz sehingga 16 GB RAM serta storan UFS 3.1.

Image from: Cip Snapdragon 6 Gen 5  dan Snapdragon 4 Gen 5 Dilancarkan Untuk Peranti Gaming Kelas Pertengahan

Cip Snapdragon 4 Gen 5 (SM6850) ialah cip teknologi 4nm dengan 8 teras CPU terdiri daripada 2 teras utama kuasa tinggi 2.4 GHz dan 6 teras kecekapan tinggi 2.0 GHz yang dipadankan dengan cip Adreno dengan peningkatan prestasi sehingga 77%. Menerusi teknologi Smooth Motion UI, Qualcomm mengatakan ia mengurangkan peranti terasa tidak lancar sehingga 25% dan membuka aplikasi 43% lebih pantas.

Image from: Cip Snapdragon 6 Gen 5  dan Snapdragon 4 Gen 5 Dilancarkan Untuk Peranti Gaming Kelas Pertengahan

Kamera sehingga 32MP disokong dengan ia boleh melakukan tangkapan gambar 108MP dan merekod video 1080p 30FPS. Rangkaian 5G Release 15, Wi-Fi 6 dan BT 5.1 turut disokong. Teknologi XPAN untuk audio stabil walaupun bergerak antara bilik turut diberikan. Akhir sekali ia turut boleh dipadankan dengan memori LPDDR4x sehingga 2100 MHz dan storan UFS 3.1.