
iQOO secara rasminya melancarkan iQOO Z11 5G dan iQOO Z11x 5G ke pasaran Malaysia dengan ia hadir dengan cip kelas pertengahan yang dipadankan pula dengan bateri bersaiz besar.

Model paling premium ialah iQOO Z11 5G dilengkapi dengan skrin 6.83″ AMOLED dengan kadar segar semula 144Hz serta keterangan mencecah 5000 nit. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 7s Gen 4, memori sehingga 12GB LPDDR4x, storan 256GB UFS 3.1 dan bateri 9020 mAH yang menyokong pengecasan 90W.
Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dan lensa kedalaman 2MP. Di hadapan pula kamera 32MP disertakan. Peranti ini menggunakan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16. Tubuh melepasi piawaian IP69, mempunyai sistem audio stereo, pemancar IR dan juga sokongan NFC. Terdapat juga sistem penyejukan IceCore dengan kebuk wasap dengan saiz 7000 mm² untuk memastikan peranti sejuk semasa digunakan.

Model iQOO Z11x 5G dilengkapi dengan skrin 6.76″ IPS LCD dengan kadar segar semula 120Hz serta keterangan mencecah 1299 nit. Ini dipadankan pula dengan cip Dimensity 7400 Turbo, memori 8GB LPDDR4x, storan sehingga 256GB UFS 3.1 dan bateri 7200 mAH yang menyokong pengecasan 44W.
Kamera utama juga terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dan lensa kedalaman 2MP. Di hadapan pula kamera 32MP disertakan. Peranti ini menggunakan sistem operasi OriginOS 6 berasaskan Android 16. Tubuh melepasi piawaian IP69, mempunyai sistem audio stereo, pemancar IR dan juga sokongan NFC.

Di Malaysia harga jualan peranti adalah seperti di bawah.
- iQOO Z11 5G (8/256 GB) – RM 1899
- iQOO Z11 5G (12/256 GB) – RM 2199
- iQOO Z11x 5G (8/128 GB) – RM 1299
- iQOO Z11x 5G (8/256 GB) – RM 1599





