Siri Realme 13 Pro+ 5G akan dilancarkan secara rasminya pada 30 Julai 2024. Tumpuan utama diberikan pada keupayaan kamera lebih baik melalui gabungan sensor LYT701 serba baharu dan teknologi pengimejan tersendiri Realme dipanggil HYPERIMAGE+.

Semalam Realme dilihat mula berkongsi ciri utama pada peranti melalui laman rasmi di X. Melaluinya cip Snapdragon 7s Gen 2 akan digunakan pada siri baharu ini. Ia dilihat lebih baik berbanding Snapdragon 6 Gen 1 yang menguasai Realme 12 Pro 5G. Namun perlu diiingatkan juga bahawa Snapdragon 7s Gen 2 sebenarnya pernah digunakan pada Realme 12 Pro+ 5G.

Bateri sebesar 5,200mAh juga akan dimuatkan dengan perbezaan sistem pengecasan 80W lebih pantas pada Realme 13 Pro. Sementara itu, model Pro pula hanya menyokong pengecasan berwayar 45W. Turut melindungi peranti adalah kaca Corning Gorilla Glass 7i dan piawaian kalis air IP65 bertujuan untuk ketahanan lebih baik.

