Snapdragon 7s Gen 2 diperkenalkan secara rasmi dengan fokus terhadap peranti kelas pertengahan mampu milik. Melaluinya ia menggunakan binaan berasaskan teknologi 4nm TSMC, yang dikatakan prestasinya kurang berkuasa berbanding Snapdragon 7+ Gen 2 yang diumumkan sebelum ini.

Secara khusunya ia merupakan cip lapan teras yang menggabungkan empat teras prestasi Cortex A78 berkelajuan mencapai 2.4GHz dan empat teras kecekapan Cortex A55 pada 1.95GHz. Ini dipadankan pula dengan sistem modem-RF Adreno 710 GPU dan Snapdragon X62 5G, yang dalam masa turut menawarkan sambungan WiFi 6 dan bluetooth 5.3.
Cip baharu ini juga menyokong konfigurasi memori sehingga 12GB RAM LPDDR5-3200, yang juga serasi dengan memori LPDDR4x-213 berkemungkinan bertujuan menurunkan kos penawaran telefon. Turut disokong adalah storan UFS4.0, di samping paparan FHD+ pada kadar segar semula sehingga 144Hz.

Kemampuan merakam video pula mencapai 4K/30FPS dengan HDR, yang dalam masa sama turut menawarkan sokongan untuk kedalaman warna 10-bit, HLG, HDR10. Bukan itu sahaja Qualcomm Spectra ISP 12-bit juga disertakan untuk penghasilan semula foto lebih terperinci, dengan kelancaran zum dan pemproses yang selari.
Sebagai tambahannya lagi ia turut menampilka sokongan Snapdragon Sound yang serasi dengan aptX Lossless untuk kemampuan audio lebih jelas tanpa masalah. Redmi Note 13 Pro merupakan peranti pertama yang akan menggunakan cip pemprosesan ini.
- Info
- Sumber – Snapdragon
