Vivo Kini Mengesahkan Kehadiran Peranti V29 5G Di Malaysia

TechnologyDigital
7 Sep 2023 • 3:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini baharu Vivo hari ini dilihat mengesahkan kehadiran peranti V29 5G di Malaysia. Ia boleh menjadi kemaskini baharu untuk peranti V27 5G sebelum ini, malahan diyakini mampu meneruskan legasi siri berkenaan yang memberi fokus terhadap kemasan dan fotografi.

image is not available

Perkara yang sama turut diiklankan menerusi laman web rasmi yang dikatakan disertakan ciri Aura Potrait 2.0 untuk pengalaman menangkap gambar malam lebih baik. Ini dipadankan pula dengan tubuh serba nipis, minimalis dan cantik khususnya bagi warna Starry Purple. Peranti juga menggunakan skrin sejenis AMOLED dan kamera swafoto 50MP yang juga menyokong kebolehan bergambar secara berkumpulan.

image is not available

Butiran mengenai perkakasan tidak didedahkan lebih mendalam buat masa ini, namun dipercayai serupa dengan variasi yang diumumkan di Eropah sebelum ini. Seperti biasa kesemua tanda tanya ini terutamanya mengenai harga jualan bakal terjawab selepas dilancarkan secara rasmi kelak.