Semalam cip Cip Xiaomi XRING O1 dan XRING T1 akhirnya dilancarkan secara rasmi sebagai cip SOC rekaan sendiri pertama mereka sejak Surge S1 lapan tahun yang lalu. Kedua-duanya ialah usaha Xiaomi untuk menggunakan teknologi sendiri seperti yang dilakukan Huawei dan Apple.

Xiaomi XRING O1 ialah cip 3nm yang dilengkapi 10 teras CPU dengan 2x Cortex-X925 3.9 GHz, 4x Cortex-A725 3.4 GHz, 2x Cortex-A725 1.9 GHz dan 2x Cortex-A520 1.8GHz yang dipadankan dengan GPU 19 teras Immortalis-G925 GPU dan NPU 6-teras dengan kemampuan AI 44 TOPS. Ini meletakkannya dalam kategori yang sama dengan MediaTek Dimensity 9400.

Sementara itu cip Xiaomi XRING T1 ialah cip untuk jam tangan pintar 4G pertama keluaran Xiaomi. Ia menyokong eSIM dengan ia boleh mengurangkan penggunaan tenaga sehingag 35% berbanding cip yang digunakan sebelum ini. Ia cukup berkuasa untuk menyokong ribuan muka jam, sambungan selular dan kawalan kereta Xiaomi. Xiaomi Watch S4 15th Anniversary Version ialah peranti pertama menggunakan XRING T1.

