Cipta fenomena baharu

4 Aug 2025 • 12:20 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Lebih 200,000 pengunjung menyertai Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 yang menyediakan pelbagai jualan dan aktiviti menarik.

Tirai Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 berlabuh dengan penuh jayanya apabila lebih 200,000 pengunjung direkodkan hadir sepanjang tiga hari penganjuran sekali gus menjadikannya antara acara komuniti terbesar anjuran Karangkraf tahun ini.

Pengarah projek, Meen Tahrin berkata, sambutan luar biasa itu merupakan satu pencapaian membanggakan hasil kerjasama mantap semua pihak terlibat.

“Alhamdulillah, sepanjang tiga hari karnival, saya bukan sahaja berpuas hati dengan kehadiran pengunjung, malah semua yang dirancang berjalan lancar.

image is not available
Gambar kanan: Meen Tahrin

“Keadaan cuaca juga baik, keselamatan terkawal, aktiviti berlangsung meriah dan paling penting, tetamu pulang dengan senyuman serta hadiah penuh di tangan,” katanya secara eksklusif kepada Sinar Bestari.

Mengulas lanjut, Meen berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas positif daripada pengunjung, terutamanya permintaan supaya Karnival Siang Malam Karangkraf 2025 diteruskan pada tahun hadapan dengan skala besar, hadiah lebih menarik dan aktiviti yang pelbagai.

image is not available
Sebilangan pelajar bersantai di Taman Mini selepas membeli-belah di Hari Kantin Sinar Bestari yang bertemakan perkhemahan.

“Kami mula merancang sejak awal tahun, namun masa berlalu begitu pantas.

“Cabaran terbesar ialah pengurusan masa. Namun, dengan sokongan kru yang berpengalaman, semuanya berjalan lancar dan mencapai objektif,” katanya.

Berikutan sambutan karnival ini sangat menggalakkan, pihak Karangkraf kini menyusun perancangan awal untuk menganjurkan KSM edisi seterusnya.

“Insya-ALLAH, kita akan teruskan pada tahun depan. Saya minta semua pihak untuk turut serta dan yang berminat boleh hubungi kami lebih awal bagi menempah slot masing-masing,” tambah Meen.

Meen yang juga Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian dan Pengetua Akademi Pendidikan Sinar Bestari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan karnival.

image is not available
SERAM... Pelajar tidak melepaskan peluang merasai kejutan dan meningkatkan adrenalin mereka di Rumah Hantu.

Penghargaan itu turut diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) yang memberi sokongan penuh melalui penyertaan pelajar dan pelbagai sekolah.

“Terima kasih kepada semua pempamer dan pengunjung yang memeriahkan acara ini. Sokongan dan semangat yang ditunjukkan sangat luar biasa dan amat kami hargai,” katanya.

KSM 2025 bukan sahaja menjadi platform kepada pempamer dan usahawan, malah ia medan pendedahan berimpak tinggi kepada pelajar, guru dan institusi pendidikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved