
Pelakon sensasi, Fattah Amin berjaya cipta fenomena baharu apabila meraih lebih 44 juta tanda suka dan 100,000 tontonan dalam masa lima minit ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok, baru-baru ini.
Difahamkan, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang menjadi artis jemputan untuk menjual kambing perap tersebut meluahkan rasa syukur hampir 10,000 set dengan setiap satu set mempunyai tiga pek kambing perap sepanjang tiga jam bersiaran.
@pakmatwesterncafee 44 Juta like, 100 ribu tontonan dalam masa 5 minit. Kambing sold out Record terbaru jualan live pertama Fattah Amin. Sejuta terima kasih buat rakyat Malaysia. Una dan Ica boleh pulang ke pangkuan Pak Mat
♬ original sound - pakmatwesternhq - pakmatwesternhq
Secara tidak langsung, pelakon filem Pendekar Awang:Darah Indera Gajah itu telah mencatat rekod baharu untuk jualan pertamanya di platform media sosial.
Cipta fenomena baharu

“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menonton siaran langsung dan juga mereka yang sudah membuat pembelian.
“Saya mendoakan agar mereka yang menonton ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kalian semua. Terima juga kerana telah menyokong jenama ini,” katanya.
Cipta fenomena baharu


Terdahulu, Fattah pertama kali melakukan siaran langsung di aplikasi TikTok telah berjaya meraih hampir 50,000 tontonan pengguna dan mendapat lebih 26 juta tanda suka.
Populariti aktor yang berusia 34 tahun itu melonjak naik selepas sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.
Sumber: TikTok @Pakmatwesterncafee
