
BUKAN Datuk M Nasir jika karyanya tidak boleh diraikan sepanjang masa.
Menggubah lagu balada, pop, rock, komersial, patriotiK mahupun lagu raya semua karya sentuhan magis M Nasir pasti akan menjadi kegemaran halwa telinga penggemar muzik tanah air.
Malahan tidak keterlaluan jika mengatakan semua buah tangan beliau tidak pernah ‘mati’ dan sentiasa malar segar.
Terus mengekalkan takhtanya sebagai salah seorang maestro hebat Malaysia penghibur mendapat jolokan sifu itu kembali menyapa peminat dengan kelainan menerusi Konsert Cipta Raya.




