Cipta Sejarah! Aina Sabrina Jadi DJ Radio Pertama Di Malaysia Yang Berasaskan AI

Entertainment
20 Jun 2023 • 5:34 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti ramai yang tahu bahawa kerjaya sebagai seorang DJ radio mempunyai cabarannya yang tersendiri kepada individu terbabit. Tapi pernah tak korang terfikir kalau DJ radio tu sebenarnya adalah AI?

Telah tular baru-baru ini berita mengenai sebuah stesen radio berbahasa Inggeris yang mencipta sejarah tersendiri apabila mereka mengumumkan juruhebah radio pertama di Malaysia yang berasaskan Artificial Inteligence (AI).

image is not available

AI yang diberikan nama Aina Sabrina telah ke udara sejak 19 Jun 2023 dan akan mempunyai segmennya sendiri pada setiap hari jam 2 petang sehingga 4 petang di Fly FM.

Difahamkan, teknologi AI kini telah menyerap masuk ke dalam segenap pelosok industri termasuklah produk AI untuk radio terkenal yang dikenali sebagai RadioGPT yang berasaskan ChatGPT-4.

Mungkin ramai yang tertanya kelebihan AI DJ radio ini, antaranya adalah tahap konsistensi yang tinggi seperti boleh mengekalkan tenaga tanpa memerlukan rehat seperti orang biasa. Kalau orang biasa mesti ada toilet break la lunch break la kan.

image is not available

Bagaimanapun, juruhebah AI ini tidak mampu meluahkan sentuhan seperti manusia biasa seperti contoh beremosi dan juga empati yang akan membuatkan apa jua perbualan kelihatan sedikit statik. Memang jadinya AI ni kurang emosi sikit la macam borak dengan robot…

Netizen berbelah bahagi?

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berbelah bahagi dengan kemajuan teknologi tersebut. Ada yang meluahkan rasa kagum dan berbangga dengan teknologi kini yang mampu mereka AI tersebut sehingga dapat mengambil tugas sebagai seorang juruhebah radio.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak setuju dengan situasi tersebut serta memberitahu bahawa tugas itu sepatutnya dilakukan oleh seorang manusia.

image is not available

image is not available

Hmm apa pendapat korang pasal AI ni?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.