Cipta sejarah! Anggota tentera jadi pesilat India pertama negara raih kejuaraan dunia

23 Dec 2024 • 7:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang anggota tentera jadi pesilat India pertama negara meraih kejuaraan dunia di Kejohanan Pencak Silat Dunia yang berlangsung di Abu Dhabi, Emriah Arab bersatu (UAE) semalam.

Difahamkan Koperal Thamaraj a/l Vasudevan telah memenangi pingat emas selepas menewaskan wakil dari Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek sewaktu final sewaktu kejohonan tersebut menerusi kelas bebas putera.

image is not available

Pesilat India pertama negara genggam emas di kejuaraan dunia

Menerusi hantaran di media sosial yang dibuat Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin, beliau menyatakan kejayaan Thamaraj merupakan satu lembaran baru dalam sejarah silat Malaysia susulan kemenangan pesilat India pertama negara itu menggenggam emas di peringkat dunia.

“Sejarah tercipta di Abu Dhabi. Buat kali pertama dalam sejarah dunia, pesilat Malaysia berbangsa India memenangi pingat emas,” tulisnya.

image is not available

Pesilat India pertama negara cipta sejarah baru

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi turut mengucapkan tahniah kepada Thamaraj serta menzahirkan rasa bangga diatas pencapaian cemerlang pasukan pasukan silat kebangsaan menerusi laman Instagram miliknya.

“Saya amat teruja melihat kemenangan Thamaraj yang mencipta sejarah. Pencapaian keseluruhan skuad silat negara juga sangat membanggakan.

“Pasukan senior berjaya meraih enam pingat emas, sembilan perak dan empat gangsa, manakala skuad remaja menyumbang lima emas, empat perak dan empat gangsa,” ujarnya.

Instagram will load in the frontend.

Merupakan seorang anggota tentera

Difahamkan, Thamaraj Vasudevan merupakan anggota tentera dari 9 Komp KPTD dan baru sahaja dinobatkan sebagai lahragawan Kor Polis Tentera Diraja pada bulan lalu susulan beberapa kejayaannya dalam sukan bela diri tersebut.

image is not available

Selain Thamaraj, Majlis Sukan Malaysia menerusi media sosial mereka turut menyenaraikan beberapa lagi wira dan wirawati negara yang turut meraih pingat dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia di UAE.

Antaranya, Nor Farah Mazlan yang berjaya mempertahankan gelaran juara dunia buat kali kedua dalam kategori wanita.

Siti Shazwana, Abdul Latif, Ainatsya, Tamarah, Eafzayl Adriell dan pesilat adik-beradik berbakat, Ukail Darwis serta Raqib Darwisy juga meraih pingat emas sekali gus menutup kempen kejuaraan dunia dengan pencapaian membanggakan kontinjen dan negara.