Ciri Carian Settings Windows 11 Dengan Bantuan Agen AI Kini Mula Diuji

TechnologyDigital
16 Jun 2025 • 9:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak semua orang mempunyai kepakaran mengenai ciri-ciri yang disertakan dalam sesebuah sistem operasi. Kerap kali menu tetapan Settings perlu digodek dalam-dalam sebelum tetapan yang ingin diubah boleh dijumpai. Menyedari ini adalah isu yang berlarutan sejak bertahun lamanya, Microsoft memperkenalkan agen AI yang akan membolehkan soalan ditanya menggunakan bahasa biasa.

image is not available

Ciri carian Settings yang lebih memahami konteks soalan yang ditanya oleh pengguna ini diumumkan pada Oktober tahun lalu. Minggu ini ia akhirnya diberikan kepada pengguna Windows 11 Insider dengan Copilot+ PC dilengkapi cip Snapdragon terlebih dahulu untuk diuji. Microsoft berkata ciri akan diberikan kepada Copilot+ PC dengan cip Intel dan AMD dalam masa terdekat. Pada ketika ini agen AI ini juga hanya boleh digunakan jika bahasa utama komputer ditetapkan ke Bahasa Inggeris sahaja.

Menerusi ciri ini, soalan seperti “ubah mengubah saiz teks” atau “bagaimana ingin ubah sensitiviti tetikus” boleh dimasukkan ke dalam kotak carian Windows 11 dan menu untuk mengubahnya dalam Settings akan dipaparkan. Ini adalah ciri berguna bagi mereka yang kurang arif mengenai selok belok PC. Ciri yang sama sudahpun wujud di telefon pintar seperti pada Samsung One UI 7 berasaskan Android 15.