Ciri-ciri terlalu banyak prosedur aesthetic

Health & Fitness
11 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Ciri-ciri terlalu banyak prosedur aesthetic
Gambar: Public Health M'sia

Rawatan aesthetic semakin biasa hari ini. Botox, filler, laser, skin booster, chemical peel, thread lift dan pelbagai prosedur lain digunakan untuk memperbaiki penampilan, mengurangkan tanda penuaan atau membetulkan ciri tertentu pada wajah.

Dilakukan dengan indikasi yang betul, jumlah yang sesuai dan oleh pengamal terlatih, rawatan aesthetic boleh memberi hasil yang sangat natural.

Antara manfaatnya ialah mengurangkan garis ekspresi, memperbaiki kehilangan volume akibat penuaan, memperbaiki parut atau tekstur kulit, mengimbangkan proporsi wajah serta meningkatkan keyakinan seseorang terhadap penampilannya.

.

Masalah biasanya bermula apabila kita mengejar kesempurnaan.

Sedikit filler nampak cantik, tambah lagi.

Botox sudah memberi hasil, tetapi mahu wajah lebih licin.

Pipi sudah berisi, tetapi mahu lebih tinggi.

Bibir sudah penuh, tetapi masih dirasakan belum cukup.

Lama-kelamaan, wajah boleh kehilangan karakter asalnya.

.

Antara tanda yang boleh berlaku apabila prosedur dilakukan secara berlebihan ialah:

* Dahi terlalu licin dan ekspresi berkurang akibat penggunaan neuromodulator seperti botulinum toxin yang berlebihan.

* Kening terlalu terangkat sehingga wajah kelihatan sentiasa terkejut atau tegang.

* Pipi terlalu penuh atau menonjol akibat filler berlebihan sehingga wajah nampak puffy.

* Bibir terlalu besar dan menonjol, kadangkala dengan bentuk bibir yang kurang seimbang dengan keseluruhan wajah.

* Rahang dan dagu terlalu tajam atau panjang sehingga proporsi asal wajah berubah.

* Senyuman kelihatan kurang natural apabila beberapa bahagian muka bergerak tetapi bahagian lain terlalu kaku.

* Selepas banyak prosedur berulang, seseorang juga boleh mendapat rupa yang sangat “sculpted” sehingga wajah kelihatan hampir sama dengan ramai individu lain yang menjalani trend aesthetic serupa.

.

Tetapi isu aesthetic berlebihan bukan sekadar tentang rupa.

Filler boleh menyebabkan bengkak berpanjangan, ketulan, asimetri, migrasi filler atau jangkitan.

Dalam komplikasi yang jarang tetapi serius, filler yang memasuki atau menekan salur darah boleh menyebabkan tisu mati dan gangguan penglihatan.

Botulinum toxin pula jika diberikan secara berlebihan atau pada lokasi yang tidak sesuai boleh menyebabkan kelopak mata jatuh, kening tidak seimbang, senyuman berubah atau kelemahan otot sementara.

Prosedur laser, peeling dan rawatan kulit yang terlalu agresif pula boleh menyebabkan iritasi, pigmentasi, parut dan kerosakan skin barrier.

.

Rawatan aesthetic yang baik sepatutnya membuat seseorang kelihatan lebih segar dan seimbang bukan sampai orang melihat prosedurnya terlebih dahulu sebelum melihat wajahnya.

Jika mahu melakukan sebarang prosedur aesthetic, pastikan ia dilakukan oleh pengamal yang berkelayakan dan fahami dahulu manfaat, risiko serta had rawatan.

Kadang-kadang dalam aesthetic, less really is more.


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved