
Algoritma media sosial boleh membantu mencari topik menarik seperti keputusan bola sepak dan filem yang sedang sohor kini. Tetapi kerap kali terjadi jalan cerita siri TV yang belum ditonton dipaparkan di susur masa kerana algoritma melihat pola topik anda yang terdahulu. Ini adalah sangat mengecewakan bagi saya minggu lalu selepas keputusan Royal Rumble didedahkan sebelum sempat ditonton.

Hari ini Threads melancarkan ciri baharu Dear Algo yang mengelakkan insiden di atas berulang. Ia dikuasakan kecerdasan buatan (AI) Meta dan apabila Dear Algo digunakan, anda boleh meminta ia menukar algoritma susur masa hanya untuk seketika. Berita tahu Dear Algo jangan paparkan keputusan Superbowl yang anda mungkin rasakan tidak relevan, jangan paparkan sebarang kandungan berkenaan musim terkini siri TV atau tapis sebarang perbincangan politik yang memenatkan.
Thread mengatakan Dear Algo akan mengambil alih saranan kandungan susur masa selama 3 hari. Sehingga 5 arahan Dear Algo boleh diberikan kepada Threads dalam masa yang sama. Ia boleh dipadam sekiranya anda merasakan 3 hari adalah terlalu lama. Anda juga boleh berkongsi atau menggunakan arahan Dear Algo pengguna lain untuk mendapatkan susur masa yang sama.
Dear Algo kini diaktifkan kepada pengguna Threads di Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, dan United Kingdom dengan perancangan memberikannya kepada semua dalam masa terdekat.
