Ciri Keselamatan Tinggi! MyKad, Pasport Berwajah Baharu Tengah Tahun Ini

LocalTechnology
8 Jan 2026 • 12:33 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bakal memperkenalkan versi baharu MyKad yang dilengkapi ciri keselamatan lebih canggih bagi mengurangkan risiko pemalsuan dokumen pengenalan diri.

MyKad, pasport berwajah baharu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa inisiatif ini sejajar dengan keperluan keselamatan terkini serta perkembangan teknologi semasa.

image is not available

Foto: FB Jabatan Penjara Malaysia

Beliau menegaskan bahawa langkah ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan dokumen pengenalan rakyat kekal sahih dan terjamin integritinya.

“Selepas tempoh tertentu, kita sudah melepasi tempoh yang menghendaki kita mengeluarkan dokumen keselamatan baharu ini.
“Jadi, apa ciri baharu MyKad ini? Ciri keselamatan yang lebih terjamin bagi meningkatkan integriti dokumen keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan amanat kepada pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi di Putrajaya, hari ini.

image is not available

Foto: FB Jabatan Penjara Malaysia

Sementara itu, Saifuddin turut memaklumkan bahawa pasport baharu dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan akan mula diperkenalkan pada suku kedua tahun ini.

Artikel lain: MyKad Baharu Bakal Dilengkapi Kod QR Bagi Tingkatkan Keselamatan

Langkah ini diambil selepas tempoh sah pasport sedia ada mencapai had, sekali gus memerlukan penggantian dokumen bagi memastikan tahap keselamatan terjamin.

image is not available

Foto: FB Jabatan Penjara Malaysia

Menurut beliau, pengenalan pasport baharu ini penting untuk mengekalkan reputasi pasport Malaysia yang kini tergolong antara yang terbaik di dunia dari segi kemudahan perjalanan tanpa visa.

Sumber: Buletin TV3 (Zulfakhri Shamsul Ariffin)

The post Ciri Keselamatan Tinggi! MyKad, Pasport Berwajah Baharu Tengah Tahun Ini appeared first on Borak Daily.