Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

LocalPolitics
8 Jan 2026 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

Penambahbaikan dokumen pengenalan diri dengan reka bentuk dan ciri keselamatan baharu itu dibuat bagi memperkukuh tahap keselamatan dokumen berkenaan selaras perubahan teknologi dan keperluan semasa, termasuk membanteras pemalsuan MyKad.

image is not available

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata rakyat tidak perlu berpusu-pusu untuk memperbaharui pasport dan MyKad mereka kerana ia masih boleh digunakan sehingga tamat tempoh.

Katanya, pelaksanaan ini antara pencapaian penting kerajaan dalam usaha memperkukuh keselamatan dokumen pengenalan diri dan perjalanan negara.

"Ketika ini, pasport Malaysia berada di kedudukan ketiga paling dipercayai di dunia, diukur berdasarkan tahap kebebasan perjalanan tanpa visa yang dinikmati pemegangnya.

"Namun, kita akan memiliki pasport berwajah baharu untuk rakyat Malaysia dalam tempoh enam bulan dari sekarang dengan ciri keselamatan diperketatkan," katanya pada sidang media Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri di sini, hari ini.

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.