Ciri Look Around Kini Boleh Digunakan Di Apple Maps Versi Web

TechnologyDigital
18 Dec 2024 • 9:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ciri Look Around ialah seakan Street View di Apple Maps. Ciri ini hanya boleh diakses menerusi aplikasi sejak iOS 13. Tetapi kini akhirnya Look Around boleh diakses oleh pengguna Apple Maps versi web. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple Maps versi web masih lagi di peringkat Beta dengan ia baru sahaja dilancarkan Julai lalu.

image is not available

Look Around membolehkan pengguna melihat keadaan sekeliling lokasi dengan pandangan 360 darjah dalam sebuah tingkap kecil. Lokasi yang menyokong Look Around akan mempunyai ikon teropong pada bucu peta.

Pada ketika ini sokongan Look Around hanya diberikan di beberapa lokasi tertentu sahaja seperti Amerika Syarikat, UK, EU dan Singapura. Rakaman untuk Malaysia telahpun dilakukan pada November tahun lalu tetap sehingga kini ia belum diaktifkan. Bagi mereka yang ingin mencuba ciri Look Around versi web, anda boleh melawat laman Apple Maps Beta menerusi pautan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved