Ciri Meminta Pembelian Play Store Dibayar Orang Lain Dikembangkan Ke Empat Lagi Negara

TechnologyDigital
26 May 2025 • 9:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setahun lalu ciri “Ask someone to pay” dilancarkan di Google Play Store tetapi hanya di India. Menerusinya pengguna boleh meminta orang lain melakukan pembayaran bagi pihak mereka dengan berkongsi pautan menerusi aplikasi pemesejan. Di Google I/O, Google mengesahkan ciri ini telah diperkenalkan pula di Indonesia, Amerika Syarikat, Jepun dan Mexico.

image is not available
Gambar – Android Authority

Individu yang menerima mesej yang dihantar boleh memilih untuk melakukan pembayaran bagi pihak pemohon. Setiap pautan dalam mesej akan hanya boleh digunakan dalam tempoh 24 jam sahaja.

Ciri Ask someone else to pay berbeza dengan ciri ketua Family Group melakukan pembayaran bagi semua ahli keluarga. Aplikasi yang dibeli menerusi Family Gorup kemudiannya boleh dikongsi oleh semua ahli keluarga.