
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial apabila adik kepada influencer Nur Sajat, Nur Mustika mendakwa anaknya, Lisa telah dimalukan oleh beberapa orang guru di sekolah di hadapan pelajar lain.
Menerusi video itu yang di hantar seorang guru kepada Mustika kedengaran seorang guru mengherdik Lisa sambil menuding jari ke arahnya dan kelihatan pelajar itu menangis teresak-esak.
Mustika turut mendakwa anaknya telah dikepung sekitar empat hingga lima orang guru dan memanggil satu kelas serta menyuruh pelajar mengatakan Lisa menipu sambil merakamnya di kantin.
Ibu pelajar itu juga mendakwa guru-guru terbabit tidak menjaga emosi anaknya bahkan memaksa Lisa mengaku dirinya menipu.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Dimalukan” – Adik Sajat Dakwa Anak Diherdik Guru Depan Murid Lain Sehingga Emosi Terganggu
KPM jalankan siasatan berhubung kes guru didakwa malukan pelajar
Terbaharu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini menjalankan siasatan berhubung insiden tersebut.
Jelas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hal berkenaan amat dikesali khususnya video rakaman yang tular serta memberikan impak besar terhadap masyarakat.
Ujarnya, KPM akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dalam memberikan tumpuan mengenai kes itu.
“Guru sentiasa diingatkan dari semasa ke semasa mengenai integriti dan etika sebagai penjawat awam walau apa juga isu yang terjadi.
“Saya juga yakin dan percaya ada ruang lebih selamat dan bersifat privasi untuk memastikan apa saja perbincangan dan isu dapat diselesaikan secara baik,” jelasnya, lapor Berita Harian.
Ketua Pengarah Pendidikan diminta perhalusi kes kerana melibatkan integriti guru
Sementara itu, Fadhlina juga menjelaskan pihaknya telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan meneliti isu tersebut dengan lebih serius.
Ini kerana, perkara tersebut melibatkan integriti serta etika guru.
“KPM juga sebenarnya sudah berkali-kali mengingatkan kepada guru yang juga penjawat awam mengenai garis panduan sedia ada dan mematuhi etika serta integriti di dalam kelas, luar kelas dan media sosial sekali pun.”
Source:


