Ciri Pembaharuan Pas My50 Menggunakan Aplikasi Bakal Dilancarkan

TechnologyDigital
18 Jun 2025 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

My50 ialah pas untuk perkhidmatan-perkhidmatan pengangkutan awam yang meliputi perkhidmatan LRT, Monorail, MRT, bas Rapid KL dan juga bas BRT. Awal Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan Rapid KL akan mula menerima pembaharuan pas My50 menggunakan TNG eWallet berkuat-kuasa Mei 2025. Mei berganti Jun dan ciri masih belum diaktifkan. Pagi ini akaun X RapidKL memberikan petanda ciri ini akhirnya akan dilancarkan.

Dalam pengumuman November tahun lalu, pengguna juga boleh menggunakan kad TNG NFC sebagai pas My50 selepas sekian lama hanya boleh dilakukan menerusi MyKad sahaja. Ciri ini sudah terlalu lama diminta pengguna pengangkutan awam kerana pembayaran menggunakan telefon pintar adalah jauh lebih mudah, selari dengan perkembangan semasa dan tidak memerlukan kad fizikal keluarkan setiap kali menggunakan kenderaan pengangkutan awam.

Tahun lalu pas ini mempunyai 220,000 pengguna aktif bulanan berbanding 98,000 pengguna sahaja sahaja pada tahun 2019. Ia diperkenalkan bagi mengurangkan kos pengangkutan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Rapid KL.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved