Ciri privasi lebih terjamin, ini spesifikasi kamera magnetik AI terbaharu bikin ramai teruja

TechnologyDigital
9 Oct 2024 • 8:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HONOR menawarkan peranti terkini, MagicBook Art 14 dengan ciri privasi lebih terjamin menerusi kamera magnetik kecerdasan buatan (AI) fleksibiliti berinovatif.

Kamera AI yang boleh dipasang dan ditanggalkan itu digabungkan dengan pengenalan komputer riba lebih ringan serta sofistikated, ditambah prestasi mengagumkan.

Jenama itu dalam satu kenyataan menyebut, HONOR mengangkat falsafah rekaan berteraskan insan secara transformatif demi melahirkan potensi kreatif dan mengutamakan privasi pengguna.

image is not available

“Dengan meletakkan keperluan individual dan pengalaman pada teras inovasi, HONOR memperkenalkan rekaan kamera magnetik AI pertama yang menampilkan rekaan pasang tanggal.

#jommakan #kafemesrakanakkanak #kidcafe #sinarplus #fyp #lifestylesinarplus #fypシ゚viral #lifestylesinarharian #fypage" />

Berikut antara spesifikasi canggih Kamera Magnetik AI HONOR:

  • Kebolehan pasang tanggal dan keupayaan flip 180 darjah, selain menyokong kesambungan magnetik dua hala.
  • Reka bentuk bezel ultra nipis hanya 2.2 milimeter dan paparan 14.6 inci dengan nisbah ke badan 97 peratus.

image is not available

HONOR MagicBook Art 14 yang dijual bersama Kamera Magnetik AI HONOR itu pada harga RM5,999. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.honor.com/my/.