Pengecas Apple MagSafe Dikemaskini Dengan Kuasa 25W Dan Qi2, Harga Bermula RM219

TechnologyDigital
10 Sep 2024 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal pagi tadi, Apple telah melancarkan keluarga iPhone 16. Ia hadir dengan sistem kamera baharu, butang fizikal baharu, cip A18 lebih berkuasa dan juga harga pelancaran lebih murah. Seperti yang semua tahu, iPhone 12 ke atas menyokong sistem pengecasan nirwayar magnetik Qi2 tetapi Apple masih tiada pengecas rasmi Qi2 sehingga hari ini. MagSafe Charger telah dikemaskini dengan piawaian terkini dan juga kuasa lebih pantas.

image is not available

Dengan pengecas pihak ketiga atau Qi lama, kuasa pengecasan terhad kepada 7.5W sahaja. Qi2 membawakan sokongan pengecasan sehingga 15W yang lebih pantas, tetapi khusus untuk iPhone – aksesori baharu ini boleh memberikan kuasa pengecasan sehingga 25W jika menggunakan palam pengecas 30W rasmi Apple (dengan PD). Sementara untuk kuasa 15W, ia memerlukan palam pengecas 20W. Apple menawarkan dua versi, satu dengan panjang 1 meter pada harga RM219 dan RM249 untuk panjang 2 meter.

Pengecas MagSafe baharu ini menyokong iPhone 8 dan ke atas, serta semua AirPods dengan pengecasan nirwayar atau MagSafe. Buat masa ini, tarikh jualan dan penghantaran untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan.