Cita-cita jadi doktor diteruskan, Sarawak tanggung pendidikan anak mendiang Debra

13 Sep 2026 • 6:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Sarawak akan menanggung sepenuhnya kos pendidikan Euodia, anak kepada mendiang Jururawat Terlatih, SN Debra Moset, yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, sehingga beliau berjaya bergelar doktor.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan sama turut akan diberikan kepada anak-anak mangsa lain yang terkorban dalam tragedi berkenaan bagi memastikan masa depan pendidikan mereka terus terbela.

“Bagi anaknya, Euodia, kerajaan Sarawak akan menanggung kos pendidikannya sehingga beliau menjadi doktor. Begitu juga dengan anak-anak mangsa yang lain. Perkara ini memberi saya semangat untuk mencari jalan alternatif dalam memberikan khidmat kepada rakyat di luar bandar, khususnya di kawasan pedalaman,” katanya.

Image from: Cita-cita jadi doktor diteruskan, Sarawak tanggung pendidikan anak mendiang Debra

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Khas PBB Zon Utara Sarawak di Stadium Miri.

Abang Johari berkata, kehilangan ibu atau bapa akibat tragedi berkenaan tidak mampu dinilai dengan wang ringgit, namun kerajaan negeri akan terus memastikan kebajikan keluarga mangsa mendapat perhatian sewajarnya.

Menurutnya, sokongan terhadap pendidikan anak-anak mangsa merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk membantu mereka meneruskan kehidupan selepas kehilangan insan tersayang.

Dalam masa sama, tragedi nahas helikopter FDS itu turut menguatkan tekad kerajaan Sarawak untuk mencari kaedah alternatif bagi memastikan perkhidmatan kesihatan dapat terus disampaikan kepada rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Image from: Cita-cita jadi doktor diteruskan, Sarawak tanggung pendidikan anak mendiang Debra

Terdahulu, Euodia menerusi hantaran di media sosial meluahkan azam untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga bergelar ‘Dr Euodia’ sebagai meneruskan legasi serta pengorbanan mendiang ibunya.

Image from: Cita-cita jadi doktor diteruskan, Sarawak tanggung pendidikan anak mendiang Debra

Minat Euodia terhadap aliran sains di sekolah juga tercetus hasil dorongan mendiang ibunya yang sentiasa menyokong impiannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang berkenaan.

Sumber: FB TVS Entertainment

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved