Citrawarna Speed Festival sedang berlangsung sehingga 4 Oktober ini

27 Sep 2026 • 10:26 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Citrawarna Speed Festival sedang berlangsung sehingga 4 Oktober ini

PETALING JAYA – Citrawarna Speed Festival 2026 sedang berlangsung kini sehingga 4 Oktober ini di tiga lokasi yang mudah diakses umum iaitu IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama KLIA.

Festival kini menampilkan kelainan dengan menggabungkan kekayaan seni budaya Malaysia dan juga kemeriahan sukan permotoran.

Menyusuli kejayaan Citrawarna 2026 di Dataran Merdeka Julai lalu, edisi kali ini mempersembahkan ekspresi baharu Citrawarna yang lebih dinamik dan interaktif.

Ia dianjurkan secara bersama dengan sokongan padu daripada pelbagai rakan strategik, termasuk AMD, ASUS, Hotel Sama-Sama, HP, Intel, IOI City Mall, IOI Properties, Istana Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kraftangan Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Memento Exclusives, MSI, SDeal Malaysia Sim Racing & Motorsport HP, SNS Network, TVS 122, TVS Inspire serta Yes Travel & Holidays Sdn. Bhd.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, terdapat empat zon utama bagi memudahkan orang ramai membuat pilihan iaitu zon A dikenali sebagai (Colours of Speed – Lower Ground, East Court) iaitu ruang pertandingan simulator yang menawarkan peluang kepada pelawat untuk menguji kemahiran dan memenangi hadiah menarik.

Zon B pula adalah (Reruai Info – GFEC), pusat sehenti maklumat pelancongan serta budaya di reruai Tourism Malaysia, Tourism Selangor, dan Majlis Perbandaran Sepang.

Image from: Citrawarna Speed Festival sedang berlangsung sehingga 4 Oktober ini

Zon C pula terdiri daripada Symphony East yang menampilkan 14 stesen interaktif yang memaparkan seni, kraf tradisional, dan persembahan kebudayaan secara langsung.

Zon D (Colours Of Parade – Premiere B) yang melengkapkan suasana dengan persembahan budaya dan elemen realiti maya (VR) serta sesi ramah mesra bersama maskot Wira dan Manja.

“Bagi menyambut ketibaan pelawat di Terminal 1 KLIA dan Hotel Sama-Sama KLIA, kemeriahan festival turut dibawa terus ke pintu masuk antarabangsa negara.

“Pengunjung dan tetamu disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan, pameran automotif, permainan tradisional seperti gasing dan congkak, serta sesi simulator perlumbaan. Lebih unik, tetamu Hotel Sama-Sama turut menerima kad kunci bilik edisi khas Citrawarna Speed Festival,” jelasnya.

Tarikan kemuncak festival, Colours of Parade, akan berlangsung di IOI City Mall Putrajaya pada 3 Oktober 2026, 8.30 malam yang mana Colours of Parade bakal menghimpunkan 1,500 penari dan penghibur kebudayaan di sepanjang laluan tersebut.

Melalui muzik tradisional, tarian, kostum yang meriah dan penonjolan budaya, perarakan ini akan mempamerkan kepelbagaian dan perpaduan komuniti Malaysia dalam sambutan warisan negara yang menakjubkan.

Kemeriahan ini bakal diteruskan pada 4 Oktober 2026 sebagai acara penutup dengan Aktivasi Lamborghini, yang bakal menghimpunkan kira-kira 100 buah kereta berkuasa tinggi tersebut.

Menerusi penganjuran acara berskala mega di pusat beli-belah, pintu masuk antarabangsa negara dan hotel, Citrawarna Speed Festival 2026 membuka dimensi baharu dalam usaha mempromosikan Malaysia bersempena dengan Kempen Melawat Malaysia 2026 hingga 2027.

Pendekatan dinamik ini bukan sahaja menawarkan pengalaman kebudayaan yang lebih segar kepada pelawat, malah berupaya memacu pertumbuhan rantaian ekonomi tempatan, khususnya dengan merancakkan lagi sektor pelancongan, peruncitan, perhotelan, dan industri kreatif secara serentak. -KOSMO! ONLINE

 

The post Citrawarna Speed Festival sedang berlangsung sehingga 4 Oktober ini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved