Kajian Sun Life Asia Mendapati Pemindahan Kekayaan Lebih Mudah Berbanding Mempersiapkan Pewaris untuk Menguruskannya

Business & FinancePersonal Finance
27 Sep 2026 • 12:31 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Kajian Sun Life Asia Mendapati Pemindahan Kekayaan Lebih Mudah Berbanding Mempersiapkan Pewaris untuk Menguruskannya
Image from: Kajian Sun Life Asia Mendapati Pemindahan Kekayaan Lebih Mudah Berbanding Mempersiapkan Pewaris untuk Menguruskannya
  • Sama ada penerima warisan bersedia mengurus apa yang diwarisi merupakan kebimbangan terbesar dalam kalangan mereka yang bimbang kekayaan mereka tidak dapat dikekalkan, disebut oleh 52%, mengatasi turun naik pasaran (49%) dan konflik keluarga mengenai aset (44%).
  • 70% bimbang kekayaan mereka tidak akan kekal sehingga generasi seterusnya, walaupun pelan yang didokumentasikan telah meningkat dua kali ganda sejak tahun 2025.
  • Hampir tiga perempat (74%) keluarga yang merancang legasi kewangan berhasrat mewariskan nilai, pengetahuan atau pengajaran hidup bersama aset kewangan.
  • Keluarga paling kaya di Asia kurang bimbang tentang konflik keluarga dan lebih mengambil berat tentang risiko pelaburan, kerumitan cukai serta tahap kepercayaan terhadap penasihat mereka.

HONG KONG, 27 September 2026 /PRNewswire/ — Penyelidikan baharu daripada Sun Life Asia mendedahkan bahawa ancaman terbesar terhadap pemeliharaan kekayaan merentasi generasi mungkin bukan turun naik pasaran atau konflik keluarga, tetapi sama ada penerima warisan bersedia mengurus apa yang mereka warisi. Walaupun perancangan legasi semakin lazim di seluruh Asia, hanya satu daripada lima orang mengatakan mereka berasa benar-benar bersedia untuk mewariskan legasi mereka pada masa ini.

Laporan terkini “Meneruskan Warisan: Apabila Legasi Lebih Daripada Sekadar Wang” (Sun Life Asia, Passing the Torch: When legacy means more than money), mendapati perubahan ketara dalam cara masyarakat di seluruh Asia memikirkan legasi yang ingin mereka tinggalkan. Hampir tiga perempat (74%) responden berhasrat mewariskan nilai, pengetahuan atau pengajaran hidup sebagai sebahagian daripada pelan legasi mereka bersama aset kewangan. Pada masa yang sama, 70% bimbang kekayaan mereka mungkin tidak dapat dikekalkan melangkaui generasi seterusnya dan hanya 20% mengatakan mereka berasa benar-benar bersedia untuk mewariskan legasi mereka pada masa ini, sekali gus mengukuhkan kesedaran yang semakin meningkat bahawa legasi yang berkekalan bukan sahaja bergantung pada apa yang diwariskan, tetapi juga sama ada generasi akan datang dilengkapi untuk menguruskannya.

Kajian itu turut mendapati bahawa perancangan legasi terus mendapat momentum di seluruh rantau ini. Peratusan individu yang mempunyai pelan legasi yang didokumentasikan sepenuhnya dan telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan meningkat lebih dua kali ganda daripada 10% pada 2025 kepada 22% pada 2026, manakala peratusan mereka yang langsung tidak mempunyai pelan menurun daripada 31% kepada 15%.

David Broom, Ketua Pegawai Pelanggan dan Pengedaran Sun Life Asia, berkata: “Pelan legasi tidak menjadi lengkap hanya kerana ia telah didokumentasikan. “Ia perlu memberikan kefahaman bersama kepada keluarga tentang tujuan kekayaan tersebut, prinsip yang harus membimbing penggunaannya serta cara generasi seterusnya dapat meneruskan tanggungjawab itu. Itulah cara perancangan di atas kertas dapat menjadi sesuatu yang benar-benar berkekalan dalam amalan.”

Legasi Lebih Daripada Sekadar Wang

Bagi kebanyakan keluarga, legasi membawa makna lebih daripada sekadar wang. Kemahiran dan pendidikan (33%), nilai keluarga (32%) serta pengajaran hidup (31%) berada antara perkara utama yang paling ingin diwariskan oleh orang ramai, bersama wang dan harta. Memberikan peluang menerusi pendidikan membawa makna yang khusus, dan berada dalam tiga keutamaan legasi utama di rantau ini secara keseluruhan (48%). Malah dalam kalangan mereka yang merancang untuk mewariskan aset kewangan, pembiayaan pendidikan (45%) berada hanya di belakang pemberian sokongan kewangan kepada ahli keluarga semasa hayat mereka (50%) dan keperluan asas keluarga (52%).

Perkara yang keluarga mahu kekayaan mereka capai turut mencerminkan perkara yang sama. Enam daripada 10 orang (61%) mahu kekayaan mereka mewujudkan peluang jangka panjang untuk orang tersayang, manakala 52% mahu ia menampung keperluan asas seperti perumahan dan penjagaan kesihatan. Wang masih penting, tetapi semakin dilihat sebagai cara untuk mewariskan jaminan dan peluang, bukannya sebagai legasi itu sendiri.

Perancangan Berkembang Lebih Pantas daripada Keyakinan

Perancangan menjadi semakin berdisiplin, namun tahap keyakinan tidak meningkat pada kadar yang sama. Bilangan individu yang mempunyai pelan yang didokumentasikan sepenuhnya dan telah dimaklumkan meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh setahun, daripada 10% pada 2025 kepada 22% pada 2026, manakala peratusan mereka yang langsung tidak mempunyai pelan menurun daripada 31% kepada 15%. Tahap keyakinan tidak meningkat pada kadar yang sama, dengan hanya 20% berasa benar-benar bersedia pada masa ini, hampir tidak berubah daripada 19% setahun lalu. Nasihat profesional mempunyai kaitan rapat dengan tahap kesiapsiagaan yang lebih tinggi, dengan hampir separuh responden (46%) telah mendapatkan nasihat profesional mengenai perancangan legasi, meningkat daripada 37% pada 2025. Dalam kalangan mereka, 79% berasa bersedia dari segi kewangan untuk legasi mereka, berbanding 44% dalam kalangan mereka yang belum mendapatkan nasihat tetapi ingin berbuat demikian.

Kebimbangan adalah paling tinggi dalam kalangan mereka yang mempunyai masa paling panjang untuk merancang. Tiga perempat (76%) Gen Z dan Milenial bimbang kekayaan mereka tidak akan berkekalan, berbanding 66% Gen X dan 59% Baby Boomers. Namun, golongan lebih muda juga paling optimistik tentang jangkauan legasi yang mereka tinggalkan, dengan 65% Gen Z dan 67% Milenial percaya kekayaan mereka akan memberikan impak berkekalan merentasi beberapa generasi, berbanding 51% Baby Boomers.

Setiap generasi cenderung menganggap generasi lain mempunyai celik kewangan yang lebih baik. Lebih separuh (58%) Gen X dan Baby Boomers berpendapat anggota keluarga mereka yang lebih muda lebih celik kewangan berbanding mereka sendiri, manakala 61% Gen Z dan Milenial mengatakan perkara yang sama tentang generasi sebelum mereka.

Sikap saling menghargai itu wujud seiring kebimbangan sebenar mengenai tahap kesiapsiagaan. Sama ada penerima warisan bersedia mengurus apa yang diwarisi merupakan kebimbangan terbesar keluarga, disebut oleh 52% daripada mereka yang bimbang kekayaan mereka tidak akan berkekalan, mengatasi turun naik pasaran (49%) dan konflik mengenai aset (44%). Lebih satu perempat (27%) menyatakan kekurangan celik kewangan dalam generasi seterusnya sebagai antara risiko terbesar terhadap pemeliharaan kekayaan keluarga, manakala 25% lagi bimbang generasi seterusnya tidak mempunyai keyakinan untuk mengurus apa yang bakal mereka terima Penasihat semakin membantu keluarga memulakan perbualan ini. Empat daripada 10 orang mengatakan komunikasi dengan generasi seterusnya telah berlangsung, sekurang-kurangnya sebahagiannya, menerusi penasihat kewangan, meningkat daripada 15% pada tahun 2025.

David Broom menambah: “Mewariskan kekayaan boleh menjadi satu keputusan yang agak mudah, tetapi mempersiapkan seseorang untuk menguruskannya merupakan proses yang jauh lebih panjang. Keluarga yang melibatkan generasi seterusnya lebih awal boleh menggunakan perbualan tersebut untuk membina pertimbangan kewangan, menjelaskan jangkaan dan mengurangkan ketidakpastian sebelum tanggungjawab berpindah tangan. Penasihat kewangan yang dipercayai boleh membantu keluarga mengendalikan perbualan tersebut dengan lebih yakin dan mengubah niat yang baik kepada pelan yang difahami oleh semua pihak.”

Bagi Keluarga Berkemampuan Tinggi, Mengurus Kerumitan Lebih Penting daripada Mengurus Konflik

Bagi keluarga terkaya di Asia, gambarannya berbeza. Walaupun populasi umum paling bimbang tentang kesiapsiagaan keluarga dan risiko konflik mengenai aset, individu bernilai bersih tinggi jauh kurang bimbang tentang kemungkinan perselisihan dalam keluarga. Satu perlima (20%) melihat pertikaian sebagai ancaman utama terhadap pemeliharaan kekayaan, berbanding 34% dalam kalangan keseluruhan populasi yang ditinjau. Sebaliknya, kebimbangan mereka tertumpu pada asas pemeliharaan kekayaan: membuat keputusan pelaburan yang tepat, mengurus kerumitan cukai dan undang-undang, serta mempunyai keyakinan terhadap institusi yang mengurus kekayaan mereka.

Keputusan pelaburan yang lemah dianggap sebagai risiko oleh 37% responden bernilai bersih tinggi, berbanding 24% daripada populasi umum, manakala 29% menyatakan kerumitan cukai atau undang-undang sebagai kebimbangan, berbanding 18%. Dalam kalangan mereka yang bimbang kekayaan mereka mungkin tidak dapat dikekalkan melangkaui generasi seterusnya, 40% menyatakan keyakinan terhadap penasihat atau institusi yang mengurus kekayaan mereka sebagai kebimbangan, berbanding 25% daripada kumpulan yang lebih luas.

Lebih lapan daripada 10 (83%) individu bernilai bersih tinggi yang ditinjau percaya penasihat harus memainkan peranan dalam perancangan legasi, manakala 63% berpendapat penasihat harus menerajui proses tersebut, sekali gus memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding dalam kalangan populasi umum. Bagi keluarga ini, memelihara kekayaan merentasi generasi kini sama banyak berkait dengan tadbir urus dan khidmat nasihat yang dipercayai seperti keharmonian keluarga.

Sujoy Ghosh, Ketua Pegawai Eksekutif Sun Life Private Wealth, berkata: “Memelihara kekayaan bagi keluarga bernilai bersih tinggi bukan sekadar tentang mengelakkan konflik keluarga.” Mempunyai keyakinan terhadap keputusan yang membentuk kekayaan tersebut, daripada pelaburan hinggalah cara ia distrukturkan untuk generasi seterusnya, adalah sama penting. Itulah yang menjadikan nasihat yang dipercayai amat penting. Keluarga semakin memerlukan penasihat yang dapat menghimpunkan kepakaran yang tepat, mengurus kerumitan serta membantu mereka membuat keputusan yang wajar merentasi sempadan dan generasi.”

Merentasi setiap tahap kekayaan, penyelidikan ini menunjukkan perubahan asas yang sama: keluarga semakin mempertimbangkan bukan sahaja perkara yang akan mereka wariskan, tetapi juga sama ada generasi seterusnya benar-benar bersedia untuk menerimanya.

Laporan penuh boleh didapati di sini.

Maklumat tentang tinjauan ini

Ini merupakan tinjauan tahunan kedua Sun Life Asia mengenai perancangan legasi, susulan laporan 2025, “Meneruskan Warisan: Membina Legasi Berkekalan di Asia” (Passing the Torch: Building Lasting Legacies in Asia). Kerja lapangan dijalankan pada Ogos 2026 di enam pasaran — Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam — dengan mengumpulkan respons daripada 3,073 individu merentasi pelbagai tahap kekayaan dan generasi.

Maklumat Tentang Sun Life
Sun Life ialah organisasi perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka yang menyediakan penyelesaian pengurusan aset, kekayaan, insurans dan kesihatan kepada Pelanggan individu dan institusi. Sun Life beroperasi di beberapa pasaran di seluruh dunia, termasuk Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Ireland, Hong Kong, Filipina, Jepun, Indonesia, India, Tanah Besar China, Australia, Singapura, Vietnam, Malaysia dan Bermuda. Setakat 30 Jun 2026, Sun Life mempunyai jumlah aset di bawah pengurusan sebanyak $1.70 trilion. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sunlife.com.

Sun Life Financial Inc. didagangkan di Bursa Saham Toronto (TSX), Bursa Saham New York (NYSE) dan Bursa Saham Filipina (PSE) di bawah simbol singkatan SLF.

Catatan kepada editor: Semua angka dalam dolar Kanada

The post Kajian Sun Life Asia Mendapati Pemindahan Kekayaan Lebih Mudah Berbanding Mempersiapkan Pewaris untuk Menguruskannya appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved