City didenda RM713,000 kerana kepung pengadil

Football
19 Dec 2023 • 9:58 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Haaland (dua dari kiri) berang dengan keputusan pengadil perlawanan.

MANCHESTER City didenda £120,000 (RM713,000) selepas pemain mereka mengepung pengadil Simon Hooper ketika seri 3-3 dengan Tottenham Hotspur awal bulan ini.

Beberapa bintang City, termasuk Erling Haaland mengepung pengadil, Hooper selepas dia tidak memberikan 'advantage' pada minit terakhir dalam aksi di Stadium Etihad.

Haaland telah dikasari oleh Emerson Royal, namun berjaya bangun kembali dan menghantar bola kepada Jack Grealish.

Namun, ketika Grealish sudah menerima hantaran tersebut dan membawa bola ke arah gol, Hooper meniup wisel untuk memberikan tuan rumah sepakan percuma.

Situasi itu mencetuskan kemarahan pemain-pemain City terutamanya penjaring terbanyak mereka, Haaland.

Haaland turut meluahkan kekecewaannya di laman media sosial X dan mengakui tidak percaya dengan keputusan pengadil itu.

Persatuan Bola Sepak (FA) England telah mendenda City selepas mereka mengakui pemain mereka berkelakuan tidak wajar.

“Manchester City FC telah didenda £120,000 selepas pemain mereka mengepung pegawai perlawanan pada perlawanan Liga Perdana menentang Tottenham Hotspur FC pada Ahad 3 Disember.

"Manchester City FC mengakui bahawa mereka gagal memastikan pemain mereka tidak berkelakuan tidak wajar pada minit ke-94. Suruhanjaya kawal selia bebas mengenakan hukuman ini selepas perbicaraan," kata FA England dalam kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved