Messi, Mbappe Dan Haaland Bersaing Untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2023

15 Dec 2023 • 12:34 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Messi, Mbappe Dan Haaland Bersaing Untuk Anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA 2023

ANKARA, 15 Dis (Bernama-AA) — Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis mengumumkan senarai finalis bagi anugerah Pemain Lelaki Terbaik 2023.

Bintang Norway dari Manchester City Erling Haaland, penyerang Perancis dari Paris Saint Germain Kylian Mbappe dan bintang Inter Miami dari Argentina, Lionel Messi akan bersaing untuk anugerah itu, lapor Agensi Anadolu.

Pemenang akan diumumkan pada 15 Jan dalam satu majlis di London.

Messi dan Mbappe, finalis Piala Dunia FIFA 2022 juga merupakan finalis anugerah itu pada 2022 dengan Messi memenangi anugerah berprestij berkenaan.

Anugerah yang diasaskan pada 2016 disampaikan pada setiap tahun kepada pemain terbaik dalam tahun kalendar sebelum ini.

Sumber: BERNAMA-AGENSI ANADOLU