‘Claim’ Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia, TikToker British Kena ‘Bash’

Entertainment
15 Jul 2022 • 3:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila bercakap mengenai makanan, tak dapat dinafikan rakyat Malaysia senang triggered jika makanan tempatan dicela atau dibuat bahan ejekkan.

Lebih-lebih lagi, jika makanan tersebut merupakan makanan yang ikonik seperti nasi lemak, asam laksa atau roti canai.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dari Britain @CeCeCourtney yang tinggal di Malaysia, memuat naik video pendek menyatakan nasi lemak di Singapura lebih sedap daripada nasi lemak di Malaysia.

“Tak boleh dinafikan, nasi lemak Singapura lebih sedap daripada nasi lemak Malaysia” tulisnya.

Bagaimanapun, hidangan nasi dalam video itu tidak kelihatan seperti nasi lemak yang kita semua kenal dan gemar kerana tiada telur rebus, timun, ikan bilis dan paling penting sambal sebaliknya, lauk yang disajikan dalam video itu hanyalah nasi berlauk kari, sayur di tepi berserta ayam goreng.

Ramai netizen merasakan bahawa pengguna TikTok itu sengaja melakukan video itu untuk memulakan ‘perang’ manakala yang lain hanya bingung bagaimana hidangan dalam video itu dianggap sebagai nasi lemak jika tiada elemen pentingnya.

image is not available

Pun begitu, pengguna TikTok itu juga menggunakan hashtag #Comedy dan berkemungkinan dia hanya ingin bergurau.

Saje je tuuu~

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.