
Kalau korang perasan, beberapa tempat di negara kita terutamanya di ibu negara kini sedang mengalami jerebu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat apabila merekodkan bacaan melebihi 101 pada pagi ini.
Susulan situasi ini, kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan dikatakan menjadi punca jerebu.

Menurut FMT, Malaysia pada Jumaat lepas juga telah mengeluarkan amaran bacaan IPU tidak sihat di pantai barat Semenanjung Malaysia dan barat Sarawak akibat kebakaran hutan di Indonesia.
Artikel berkaitan: “Mak pun belum habis pantang” – Bayi Berusia 3 Hari Meninggal Dunia Disebabkan Virus Dari Asap Jerebu
Indonesia nafi jerebu ‘lintas’ sempadan
Menteri Alam Sekitar Indonesia, Siti Nurbaya Bakar walau bagaimanapun berkata, Jakarta tidak mengesan sebarang jerebu rentas sempadan dari situ ke negara jiran.
Kami terus memantau sebarang perkembangan, dan tiada jerebu rentas sempadan ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Indonesia juga katanya sedang memfokuskan untuk meredakan kebakaran hutan di beberapa wilayah di Sumatera dan Borneo menggunakan bom air dari helikopter, katanya.
Jurucakap kementerian luar Indonesia pula berkata, Malaysia belum membuat aduan diplomatik berkaitan jerebu.
“Kalau bukan dari korang, jerebu ni datang dari mana?”
Respon daripada menteri tersebut ternyata membuatkan rata-rata netizen di Malaysia tidak puas hati dan siap memerli negara seberang yang tidak mahu ‘claim’ jerebu itu milik mereka.

Musim kemarau Indonesia tahun ini difahamkan adalah yang terburuk sejak 2019 akibat kesan El Nino. Pihak berkuasa juga menyifatkan lebih sukar memadam kebakaran pada tahun ini disebabkan fenomena itu.
Situasi ini juga mengakibatkan jerebu di beberapa tempat di Sumatera dan Borneo dengan beberapa kawasan di Kalimantan melaporkan jarak penglihatan kurang 10 meter.
Sumber: FMT
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


![[VIDEO] Asap kebakaran hutan Indonesia bukan punca jerebu di Malaysia- Siti Nurbaya Bakar](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)