“Classic Assistant” Adalah Pembantu Maya Google Tanpa Bard

TechnologyDigital
24 Nov 2023 • 2:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Assistant with Bard adalah pembantu maya Google Assistant dengan integrasi AI generatif Google Bard. Ia hanya akan ditawarkan kepada pengguna Pixel 8 dan Samsung Galaxy S24 terlebih dahulu. Terbaru, pembangun bebas @AssemblyDebug di X telah menemui kod pembangunan dalam aplikasi Google yang mencadangkan akan terdapat dua mod untuk pembantu maya ini kelak.

Mod pertama adalah Classic Assistant dan mod kedua adalah Assistant with Bard. Mod ini diperkenalkan kerana tidak semua ciri Assistant sedia ada akan ditawarkan pada versi Bard. Ini bermakna pengguna harus bertukar antara mod apabila ingin menggunakannya.

image is not available

Pada hemat saya ini adalah satu perkara yang aneh kerana semasa pengumuman Assistant with Bard, Google menjamin yang ia adalah pembantu maya yang lebih berkuasa. Tetapi dengan pengguna perlu bertukar antara dua mod untuk penggunaan harian ia menjadikan pengguna itu sendiri pembantu kepada Google Assistant bukan di sebaliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved