Samsung Lancarkan Bixby Text Call Untuk Menjawab Panggilan Telefon Dengan Menaip

TechnologyDigital
7 Nov 2023 • 12:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sudah bertahun menawarkan ciri Call Screen yang dikuasakan Google Assistant kepada pengguna Pixel. Sementara tahun ini, Apple baru memperkenalkan ciri lebih kurang sama dengan iOS 17. Ia adalah ciri di mana pembantu digital peranti menjawab panggilan telefon dan merakam semua perbualan serta menjana transkripsi teks. Sistem Google dan Apple masih terhad di beberapa negara sahaja. Hari ini Samsung memperkenalkan Bixby Text Call dengan ciri yang serupa tetapi di India.

image is not available

Menerusi ciri ini pengguna peranti boleh memilih untuk Bixby yang menjawab panggilan telefon. Audio pemanggil akan dipaparkan sebagai teks di skrin semasa Bixby Text Call digunakan dan suara Bixby menjadi pengganti suara pemilik peranti. Pemilik hanya perlu menaip frasa jawapan balas kepada pemanggil menerusi papan kekunci.

Bagi mengelakkan kekeliruan, pemanggil akan menerima notifikasi bahawa mereka akan berinteraksi dengan Bixby dan bukannya manusia. Dengan ini masa yang secukupnya akan diberikan kepada pemilik menaip jawapan balas.

image is not available

Pengguna walau bagaimanapun tidak boleh mendengar atau merakam perbualan ini. Sebaliknya boleh melihat sejarah panggilan dan membaca semua perbualan pemanggil telefon tadi bersama Bixby untuk rujukan dan melakukan panggilan semula. Ciri ini berguna untuk pemilik peranti pekak dan bisu yang selama ini tidak boleh melakukan panggilan telefon.

Buat masa ini hanya peranti disenaraikan di bawah yang boleh digunakan di India dan tidak pasti lagi adakah pengguna Malaysia turut akan menerimanya;

  • Samsung Galaxy Z Fold5/Flip5, Fold4/Flip4, Fold3/Flip3, Fold2/Flip/Flip 5G/Fold 5G
  • Samsung Galaxy S23/S23+/S23 Ultra, S22/S22+/S22 Ultra, S21/S21+/S231 Ultra, S20/S20+/S20 Ultra
  • Samsung GalaxyA34, A54, A52s 5G, A82 5G, A53 5G, A33 5G, A71 5G, A51 5G
  • Samsug Galaxy S20 FE
  • Samsung Galaxy Note 20/ Note 20+