Claude Opus 4.8 Dilancarkan Dengan Kemampuan Memberikan Jawapan Lebih Jujur

Technology
29 May 2026 • 11:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Anthropic melancarkan model terkini Claude Opus 4.8 dengan keupayaan dipertingkat dan kemampuan memberikan jawapan yang lebih jujur berbanding model terdahulu. Peningkatan lain diberikan berbanding Opus 4.7 ialah dari sudut kemampuan melakukan coding ejentik, kerja yang memerlukan pemikiran, analisa data kewangan dan mengawal ratusan ejen AI serentak untuk satu tugasan yang diberikan.

Image from: Claude Opus 4.8 Dilancarkan Dengan Kemampuan Memberikan Jawapan Lebih Jujur

Penguji awal melaporkan b4.8 lebih cenderung untuk menyatakan ketidakpastian tentang kerjanya dan kurang berkemungkinan untuk membuat dakwaan yang tidak disokong dengan fakta. Dalam penilaian dalam Anthropic, Opus 4.8 adalah sekitar empat kali ganda kurang berkemungkinan membenarkan kecacatan dalam kod yang telah ditulisnya.

Claude Opus 4.8 sudah boleh diakses hari ini pada harga sama menggunakan Opus 4.7. Anthropic kini sedang membangunkan model setanding dengan Opus 4.8 tetapi dengan kos lebih rendah.