Clicks Kini Memberi Papan Kekunci BlackBerry Kepada Peranti Android – Harga Bermula RM220

TechnologyDigital
26 Feb 2025 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Januari tahun lepas, Clicks dilancarkan sebagai kerangka pelindung yang membawakan papan kekunci BlackBerry kepada iPhone. Jenama ini dibangunkan oleh Michael Fisher iaitu pencipta kandungan teknologi terkenal, Mr. Mobile. Kini selepas lebih setahun diperkenalkan, Clicks untuk peranti Android pula akan dilancarkan.

image is not available

Buat masa ini, Clicks hanya membawakan sokongan kepada Samsung Galaxy S25, Google Pixel 9/9 Pro dan Motoroal Razr+. Harga juala untuk pasaran Malaysia adalah RM220, RM445 dan RM220. Seperti pada iPhone, Clicks untuk Android menyokong papan kekunci fizikal dengan pengalaman menaip seakan pada sebuah peranti BlackBerry. Ia turut menyokong pelbagai ciri pintasan kekunci, boleh menjadi pengatup kamera dan banyak lagi.

Menarik untuk Motorola Razr+ adalah, skrin luar yang besar dan mempunyai fungsi penuh sama dengan skrin dalam mengubahnya terus menjadi BlackBerry moden yang boleh dibuka menjadi telefon Android panjang. Bahan binaan premium digunakan seperti silikon lembut dan kulit. Untuk peranti Android skrin besar seperti Pixel 9 Pro XL atau Galaxy S25 Ultra, Michael Fisher mengacah yang aksesori papan kekunci lain yang unik akan diperkenalkan nanti.