‘Coach Cerai’ iringi Uqasha ke mahkamah jadi persoalan netizen -“Apa job scope dia?”

EntertainmentLifestyle
30 Oct 2025 • 11:17 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kehadiran Coach Cerai di mahkamah tempoh hari bagi mengiringi Uqasha Senrose berhubung prosiding pertama penceraian yang difailkan terhadap suaminya, Kamal Adli menjadi persoalan netizen di media sosial.

Iringi Uqasha di mahkamah

Merujuk video yang dikongsi mbuzzterhangat di TikTok, ramai yang meninggalkan pertanyaan di ruangan komen mengenai Coach Cerai yang sebelum ini mengulas mengenai hal rumah tangga pasangan selebriti terbabit.

@mbuzzterhangat

Akhirnya Uqasha tiba di perkarangan Mahkamah Syariah sambil ditemani Coach Cerai. #meloditv3

♬ original sound - Mbuzz Terhangat - Mbuzz Terhangat

Ramai tertanya-tanya kehadirannya

Kebanyakaan netizen masih tertanya-tanya mengenai ‘job scope’ Coach Cerai memandangkan ‘pekerjaan’ tersebut masih belum begitu terkenal di Malaysia.

image is not available

Nak cerai pun ada jurulatih ye

image is not available

Sejak bila adanya coach untuk bercerai

image is not available

Tak pernah pula tengok orang bercerai bawa coach

image is not available

Sebelum ini, prosiding penceraian yang difailkan Uqasha Senrose telah ditangguhkan ke satu tarikh lain memandangkan peguam yang mewakilinya menarik diri dan hanya Kamal Adli sahaja yang hadir bersama peguam.

Uqasha juga sempat memuat naik satu hantaran di media sosial memohon maaf mengenai perkongsian-perkongsiannya mengenai hal rumah tangga sehingga mencetuskan perbalahan.

Permohonan maaf tersebut telah ditemani dengan Coach Cerai dan juga ibundanya.

Sumber: TikTok mbuzzterhangat