Coklat Ikonik Belgium, Godiva Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak

10 Dec 2022 • 6:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Godiva akan buka cawangan pertamanya di Kuching!

Coklat Ikonik Belgium, Godiva Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak. Bagi penggemar coklat di luar sana, kami ada berita baik buat anda!

Jenama coklat premium dari Belgium, Godiva akan membuka cawangan pertamanya bertempat di pusat membeli belah The Spring, Kuching.

image is not available
Coklat Ikonik Belgium, Godiva Bakal Buka Cawangan Pertama Di Sarawak. Sumber foto: FB The Spring

Coklat terbaik dari Belgium

Berita gembira ini telah diumumkan sendiri oleh pihak The Spring di laman rasmi Facebook mereka.

Untuk pengetahuan anda, Godiva telah menghasilkan coklat terbaik di Belgium hampir 100 tahun dan merupakan salah satu jenama coklat premium kegemaran ramai.

image is not available
Sumber foto: FB The Spring

Aneka coklat premium menanti anda

Menyediakan pelbagai jenis coklat premium, antara coklat yang anda boleh cuba di sini adalah Dark Chocolate Pearls, Milk Chocolate Pearls, Milk Cappuccino Chocolate Pearls dan lain-lain.

Selain daripada dijadikan snek ringan premium, coklat Godiva ini juga amat sesuai untuk dijadikan hadiah buat orang tersayang.