Coldplay Dedah Piring Hitam Album Baru Mereka Diperbuat Daripada Sisa Plastik Malaysia & Indonesia

Entertainment
4 Oct 2024 • 5:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kumpulan muzik United Kingdom (UK), Coldplay bersama pertubuhan amal dari Belanda yang memperjuangkan kelestarian alam sekitar, The Ocean Cleanup.

Coldplay sejak 4 tahun lalu telah menaja beberapa buah kapal pembersihan sungai ‘Neon Moon 1’ di serata dunia termasuklah di Sungai Klang, Malaysia.

Terbaru, dalam satu rancangan bual bicara, Coldplay mendedahkan piring hitam (vinyl) album baru Moon Music yang baru sahaja dilancarkan itu diperbuat daripada hasil sampah yang dikutip di sungai Malaysia dan Indonesia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Coldplay Malaysia (@coldplaymalaysia)

Menurut vokalis Coldplay, Chris Martin difahamkan sebuah vinyl diperbuat daripada 9 botol plastik dari kapal pembersihan itu.

Vinyl ini diperbuat daripada plastik yang dikumpul dari sungai di Malaysia dan Indonesia, oleh satu mesin yang dipanggil bot pembersihan sungai (river clean-up boat) yang kami labur bersama.

Jadi semua ini diperbuat daripada 9 botol plastik,” katanya.

Sebagai info, New Moon 1 ini difahamkan mampu membuang 100 tan sampah dari Sungai Klang setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article