Coldplay Lencun Sepanjang Konsert, Cipta Lagu Tentang Hujan Khas Untuk Peminat Malaysia [Video]

Music
23 Nov 2023 • 6:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi tumpuan kira-kira 75,000 orang peminat kumpulan Coldplay semalam (22 November) bersempena dengan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour.

Sudah semestinya ramai yang ternanti-nantikan konsert ini kerana ia merupakan kali pertama kumpulan Coldplay melakukan persembahan di Malaysia selepas 27 tahun penubuhan mereka.

Bukan sahaja mahu mendengar persembahan secara langsung, malah suasana ketika persembahan konsert itu juga ditunggu-tunggu kerana dipenuhi dengan lampu pelbagai warna.

image is not available
Sumber: X (Twitter @ddalgi_kv)

image is not available
Sumber: X (Twitter @LOVJ8M)

Coldplay Buat Lagu Khas Untuk Peminat Di Malaysia Ketika Konsert

Sebelum ini ketika konsert Coldplay di Jakarta, vokalis kumpulan tersebut iaitu Chris Martin dilihat membacakan pantun dengan tagline popular ‘Pinjam 100’.

Seperti yang dijangkakan, Chris juga melakukan perkara sama semasa konsert di Kuala Lumpur.

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram (@era.je), Chris Martin telah menyanyikan lagu khas untuk peminat di Malaysia dengan mengaitkannya dengan hujan yang turun sepanjang persembahan konsert tersebut.

Dalam lagu itu, Chris menyatakan hujan yang paling indah pernah dilihatnya adalah di Malaysia.

Malah, Chris juga sempat membuat gurauan dalam lagu berkenaan apabila dia sudah menjangkakan bakal melakukan persembahan di Malaysia sambil bermandi hujan.

I wish we could play for another hour, then i could take another hour of shower.

Lirik lagu khas yang dinyanyikan oleh Chris Martin.

Chris Martin Terpukau Dengan Sambutan Peminat Di Malaysia

Dalam satu video lain dimuat naik oleh pengguna TikTok (@zanazain29), Chris menyatakan rasa terujanya selepas melihat sambutan dari para peminatnya yang hadir ke konsert tersebut.

“Wow! Kami harap kami datang ke Malaysia lagi awal daripada tempoh ini,” kata Chris.

Vokalis itu juga berpendapat audiens di Malaysia antara yang terbaik pernah dilihatnya sepanjang melakukan konsert jelajah dunia. Chris juga sempat mengajak orang ramai untuk ‘healing’ bersama ya.

“Kami sangat gembira berada di Kuala Lumpur. Jom kita ‘healing’ bersama,” ujar Chris.

Coldplay Ucap Terima Kasih Kepada Kerajaan Malaysia

Ketika konsert berkenaan, Chris tampil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukan persembahan di negara ini.

image is not available
Sumber: X (Twitter @OfficialJoannaJ

Dalam pada itu, kumpulan Coldplay ini juga menghargai kehadiran semua peminatnya meskipun terpaksa meredah hujan serta kesesakan lalu lintas untuk menyertai konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour.